PROFIL

                             
RHM iaitu nama singkatan kepada "Rahsia Hidup Mewah" atau nama penuhnya syarikat RHM Global Sdn.Bhd adalah satu syarikat yang menjalankan satu perniagaan JUALAN LANGSUNG atau Multi Level Marketing yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna 9 ( KPDNDHEP ) sejak tahun 2007 lagi .

Bermula 1hb.April.2010 RHM Global telah di uruskan oleh pengurusan yang baru yang juga salah seorang pemimpin dari syarikat ini En. Azizan Bin Bukhari yang mempunyai pengedar-pengedar di bawah naungannya yang aktif di semenanjung Malaysia , Sabah/Sarawak/Wilayah persekutuan Labuan dan di negara Brunei Darussalam sepenuhnya. 

Selepas secara rasminya beliau mengambil alih keseluruhan operasi syarikat , keputusan pertama yang perlu di lakukan ialah berpindah dari Ibu Pejabat Melaka ke Cheras di Kuala Lumpur sebagai Ibu Pejabat baru perlu di lakukan memandangkan beliau menetap di sini dan yang paling penting pejabat ini telah di gunakan selama setahun sebelum mengambil alih syarikat RHM Global dalam beliau membina rangkaian dalam perjumpaan pemimpin-pemimpin di bawah naungan dari semenanjung , Sabah dan Brunei Darussalam.

En. Azizan Bin Bukhari bukanlah orang asing dalam dunia keusahawanan dan perniagaan MLM . Beliau mempunyai pengalaman selama 25 tahun sebagai usahawan dalam syarikat Sdn.Bhd sebagai pengarah dan juga pemimpin di dalam MLM ( Jualan langsung ) sejak tahun 1996 lagi di beberapa syarikat dalam dan luar negara sehingga pernah layak menghadiri seminar di Bangkok yang di hadiri dari seluruh networking dari Asia Pasific. 

Berikut adalah PERUTUSAN beliau untuk semua pengguna , pengedar dan pemimpin RHM Global.

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Bermula pada 1hb.April.2010 RHM Global Sdn.Bhd telah mengorak langkah baru dalam memperhebatkan JENAMAnya di pasaran sejak di tubuhkan tahun 2007 secara keseluruhan. Pada April 2019 yang akan lalu genaplah 10 tahun RHM Global berada di pasaran dengan pengurusan yang baru. RHM Global menjalankan perniagaan MLM atau Perniagaan Pelbagai Aras secara e-dagang (online) atau pun secara offline berasaskan produk dalam penjagaan kesihatan yang berdaftar dengan KPDNHEP dengan menurut AKTA JUALAN LANGSUNG.

Bagi saya yang sudah lama melibatkan diri dalam perniagaan ini tidak banyak bezanya sama ada menjadi seorang pemimpin ataupun sebagai pengasas dalam membina rangkaian khususnya perniagaan dalam MLM. Dari pengalaman saya yang lepas selaku pemimpin kalau membina organisasi dalam masa 10 tahun (April 2019) ini sama dengan perkembangannya untuk menjadi yang terbaik. 

Bagi saya, RHM Global adalah sebuah syarikat yang masih di anggap baru berada di dalam perniagaan MLM. Namun dalam tempoh 10 tahun ini, perkembangan syarikat amatlah membanggakan kerana dengan selain pasaran di negeri Sabah dan di negara Brunei Darussalam yang sedia ada telah dapat di pertingkatkan .

RHM GLOBAL pada Ogos 2012 telah mengorak langkah dengan membuka pasaran di negara Filipina khususnya produk Bio factor 9 yang semakin mendapat tempat di luar negara selain Brunei Darussalam. 

Oleh itu RHM Global atau singkatan RHM iaitu "Rahsia Hidup Mewah" , menawarkan kepada semua masyarakat di seluruh Malaysia , negara Brunei Darussalam dan di negara yang lain dengan menjadikan MLM adalah SATU KERJAYA GEMILANG dengan slogan "RHM Global PILIHAN UTAMA PENGGUNA DAN PERNIAGAAN".

Kerana RHM Global memasarkan produk yang amat bermutu tinggi dengan mengikut kehendak dan keperluan secara tidak langsung memberi manafaat terus kepada pengguna , terbukti ramai yang menggunakan produk rangkaian RHM Global telah berpuas hati dan mengamalkannya . RHM GLOBAL percaya dan yakin setiap penggunanya akan melangkah ke dunia perniagaan sebagai usahawan MLM secara tidak langsung kerana pengamalan produk terlebih dahulu di titik beratkan serta memberi perkhidmatan dan bukanlah kerana rancangan perniagaan yang hebat semata-mata di amalkan untuk kejayaan syarikat untuk tahun mendatang.

Justeru itu, RHM GLOBAL bersedia memberi KOMITMENT DAN SOKONGAN dengan memberi bantuan pelbagai latihan usahawan yang berdaya saing, strategi perniagaan yang terbaik mengikut trend semasa secara Online ataupun secara Offline melalui Satu kumpulan yang di ketuai oleh pengasas juga sejak 2009 lagi iaitu Klasik Network Management yang mana kumpulan ini bertindak sebagai Pengumpul Data Organisasi anda sebagai pengedar ,transaksi Online Banking 24 Jam , serta menyediakan alatan perniagaan yang terbaik yang lebih sistematik , yang mudah di praktikkan dan yang paling penting mudah di selenggarakan termasuk pelbagai krusus MOTIVASI JATI DIRI PESERTA DAN KEPIMPINAN SEBAGAI USAHAWAN BERJAYA.

Kepada sesiapa yang berminat menjadi usahawan perniagaan MLM samada E-STOKIS (Daerah) atau E-TRADER (Mobile) hubungi kami bagi menyeimbangkan permintaan yang semakin meningkat .Kami akan membantu anda sebaik mungkin bagi merealisasikan impian anda...PASTI HEBAT!.
---------------------------------------
 Latar Belakang Syarikat
 RHM GLOBAL SDN.BHD
----------------------------------
No.Syarikat : 716993-H 


 Pejabat Baru :
No. 1-2 , Jalan TTDI Grove 7/1 , Seksyen 9 , Taman TTDI Grove ,
43000 Kajang , Selangor ,
Talian Hotline : 019-2321024
email : rhmbiz@yahoo.com | Facebook.com/RHMbiz Urusniaga semua dengan menggunakan akaun berikut:

 Maybank Berhad | No.Akuan : 564409002414
Penama : Classic Network Management








 


Bio Factor 9 - Trade mark ( TM )
 telah di luluskan





Pengkelasan Produk Bio Factor 9 dengan Kementerian Kesihatan 
di klasifikasikan sebagai Makanan











 

No comments:

Post a Comment