Friday, October 16, 2020

Kawalan Diabetes Di Usia Remaja

Dengan peningkatan pesakit diabetes di peringkat remeja sangat membimbangkan.Setiap tahun peningkatan di Malaysia amat ketara sekali.

Di sebabkan gaya hidup tidak sihat, kurang melakukan aktiviti luar dan mengambil sajian tinggi dengan pengambilan gula berlebihan antara faktor yang menyumbang peningkatan penyakit diabetes membabitkan golongan remaja.


Penyakit diabetes ini satu daripada penyakit yang harus dipandang serius selain penyakit jantung dan angin ahmar kerana ia membabitkan kos rawatan yang tinggi antara RM150 hingga RM300 sebulan bagi pesakit yang mengambil insulin.

Kos rawatan terhadap pesakit diabetes akan meningkat kepada RM3,000 sebulan jika pesakit mengalami kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis sekaligus akan membebankan pesakit serta keluarga jika mereka bukan golongan ditanggung oleh kerajaan.

Justeru ia memerlukan kerjasama semua pihak bukan sahaja ibu bapa malah di peringkat sekolah lagi bagi menanam kesedaran mengenai bahaya penyakit diabetes ini supaya pengesanan awal dapat dilakukan sekali gus dapat mengelak komplikasi dan mengurangkan kos rawatan.


No comments:

Post a Comment