Monday, February 1, 2021

Statistik Diabetes 2019 Di Malaysia

 STATISTIK PENGHIDAP DIABETES 2019 NEGERI KEDAH #1 PALING TINGGI 41.4% !


Pada 19 April 2019, statistik menyatakan penghidap kencing manis paling tinggi di Malaysia adalah di negeri Kedah.


Kedah mencatatkan jumlah peratusan penghidap diabetis tertinggi di negara ini sekali gus memberi cabaran besar kepada kerajaan negeri untuk memberi kesedaran dan mengubah cara pemakanan serta gaya hidup rakyatnya.  

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri negeri.


Dr Ismail Salleh berkata secara keseluruhan sebanyak 41.4 peratus daripada keseluruhan penduduk negeri ini menghidap penyakit itu. 


 “Sebanyak 25.4 peratus yang menghidap diabetis berdaftar dengan Kementerian Kesihatan, manakala dianggarkan 16 peratus lagi pesakit tidak berdaftar. Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 41.4 peratus dan angka itu dilihat sangat tinggi.  “Jadi cabaran kita jauh lebih besar berbanding negeri lain dan sebab itu banyak pendekatan telah diambil oleh kerajaan negeri dan agensi-agensi lain dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan dan pemakanan,” katanya kepada pemberita selepas ​​​​​​​merasmikan Hari Buah Pinggang Sedunia 2019 di Alor Setar, pada waktu itu .


Dr Ismail berkata, punca utama kadar peratusan yang tinggi itu adalah kerana pengambilan nasi secara kerap dalam pemakanan harian dan majoriti ​​​​​​​pesakit diabetes di negeri ini terdiri daripada golongan B40. 


 “Seperti yang kita tahu, Kedah merupakan pengeluar beras terbesar iaitu sebanyak 40 peratus. 


Pengambilan nasi pada sebelah pagi, tengah hari dan malam boleh menjadi punca kepada penyakit ini jadi saya berharap orang ramai mula sedar dan dapat menjaga pemakanan dengan baik,” katanya.  


Selain itu, beliau berkata diabetes atau penyakit kencing manis juga menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak 65 peratus kepada masalah buah pinggang hingga menyebabkan pesakit perlu menjalani proses mencuci darah atau hemodialisis.  


Ayuh kita sama² berubah ubah gayah hidup lebih sihat !


.

No comments:

Post a Comment