Wednesday, June 22, 2022

3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia hidap diabetes

Seorang daripada lima individu dewasa atau kira-kira 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes, menurut dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.


 

Dalam maklumat oleh KKM prevalen diabetes di negara ini didapati meningkat kepada 18.3 peratus berbanding 13.4 peratus pada 2015. Kenaikan sebanyak 5% ini amat merisaukan kepada generasi remaja untuk tahun-tahun yang akan datang.

Di lapurkan , "Peningkatan penyakit diabetes di Malaysia adalah salah satu dapatan NHMS 2019 yang merisaukan.

Yang lebih merisaukan oleh KKM di atas peningkatan ini didapati "Sejumlah 49 peratus daripada penghidap diabetes di Malaysia, tidak pernah diperiksa atau didiagnosis menghidap penyakit ini,"

Menurut dapatan tinjauan itu lagi, tiga negeri merekodkan penyakit diabetes tertinggi, iaitu Negeri Sembilan, Perlis dan Pahang.

Berdasarkan NHMS 2019, seorang daripada empat individu dewasa berumur 16 tahun ke atas di negara ini didapati tidak aktif secara fizikal, manakala kira-kira 50 peratus penduduk dewasa mengalami berat badan berlebihan. 

Faktor gaya hidup dengan pengambilan pemakanan adalah punca utama peratusan kenaikan diabetes di Malaysia.




No comments:

Post a Comment