Tuesday, October 3, 2023

Bio Factor 9® Bantu Luka Cepat Kering

LUKA LAMBAT KERING? ISI DAGING BARU LAMBAT NAIK ? BIO FACTOR 9® ADA SOLUSINYA.

LUKA LAMBAT KERING AKIBATNYA LUKA CEPAT MEREBAK AKHIR POTONG KAKI ATAU ADA LUKA DITANGAN.


Siapa pun tak sanggup tanggung sakit setiap saat , kaki berdenyut- denyut , luka berlubang-lubang , luka jadi hitam , luka bernanah , luka berbau busuk , kaki bengkak atau kaki kulit kering.


JANGAN DI BIARKAN ! BEGITU TANPA MERAWAT ATAU MENCEGAHNYA


Carilah alternatif Bio Factor 9® , ribuan pesakit telah di bantu dan telah dapat diselamatkan dengan jayanya.


✔ Produk sejak 2010 lagi

✔ Jenama telah di PATERNKAN®

✔ Agen rawat luka

✔ Luka kaki/tangan TAK JADI potong

✔ Gula kembali normal

✔ Kesan seawal 3 hari

✔ Murah tak berubah sejak 2010

✔ In Shaa Allah berkesan


Ikhtiar sekarang dan Info Bio Factor 9® di bawah :


☑️ Antara RIBUAN TESTIMONI klik sini :

http://www.erhmglobal.com/testimony.php


☑️ Youtube Channel RHM Global : https://www.youtube.com/user/RHMbiz


☑️ Testimoni penuh gambar klik sini :

 https://youtu.be/4Yy_dTPkygE


☑️ Beli Bio Factor 9® :

http://www.wasap.my/60192321024/BeliBio


.

.

Thursday, September 7, 2023

Bahaya Ulser Kaki Diabetes

Bahaya Ulser Kaki Diabetes Tidak Dicegah Dari Awal!

Diabetes yang tidak dikawal dengan sebaiknya boleh menjadi lebih kronik dan akibatnya pelbagai komplikasi penyakit termasuklah ulser yang sering terjadi pada kaki akan berlaku tanpa disedari lebih awal.

Ulser diabetes adalah luka terbuka yang terjadi disebabkan oleh masalah peredaran darah atau kerosakkan deria rasa yang berpunca daripada kerosakkan saraf-saraf halus biasanya terjadi pada bahagian kaki pesakit diabetes . Saraf ini rosak datangnya akibat daripada paras gula yang tinggi.


Manakala kudis kecil yang tidak sembuh boleh jadi ulser. Ulser yang tidak dirawat dengan segera akan menyebabkan sel-sel mati. Seterusnya boleh sebabkan pemotongan atau amputasi kaki atau tangan.


Ulser yang biasa terjadi kepada pesakit diabetes adalah ulser kaki. Gula dalam darah tinggi menyukarkan lagi proses penyembuhan luka dan ia boleh menjadi kronik. Luka yang tidak sembuh dengan segera ini , akan meningkatkan risiko jangkitan bakteria seterusnya luka menjadi bernanah sekitar luka dan yang paling teruk kaki membengkak dan luka merebak menjadi lebih luas.

Lebih menderitanya bagi pesakit diabetes yang luka tahap sebegini . Kaki menjadi berdenyut-denyut dan kesakitan yang amat sangat.

Menurut kajian, 15% pesakit diabetes bakal mendapat Ulser Kaki Diabetes (UKD) dan 80% dari jumlah ini berakhir dengan pemotongan kaki (amputasi). Secara dasarnya 50% rakyat Malaysia tidak tahu mereka menghidap diabetes.

Thursday, August 24, 2023

Diabetes: Kita juara !

Risiko diabetes yang kini berada pada tahap membimbangkan.

Diabetes ialah isu kesihatan awam yang perlu dititikberatkan. Pada masa ini, kes diabetes semakin meningkat di seluruh dunia disebabkan pelbagai faktor seperti peningkatan usia, urbanisasi, obesiti dan kurang bersenam.

 

Malaysia berada di tangga teratas dalam kalangan negara ASEAN yang mempunyai paling ramai penghidap diabetes dan tangga keenam di rantau Pasifik Barat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan terdapat lebih 200 juta penghidap diabetes di seluruh dunia dan setiap tahun, tujuh juta lagi menghidapnya. Pada 2019, berlaku lebih 500,000 kematian membabitkan mereka yang berusia 60 tahun ke bawah disebabkan diabetes di Asia Tenggara.

Menurut Buletin Perangkaan Sosial Malaysia 2019, diabetes merupakan salah satu daripada 10 penyebab kematian utama di negara ini pada 2018.

 

Di Malaysia, di sebalik pelbagai kempen dijalankan, kes diabetes meningkat ke tahap epidemik (wabak). Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, seorang dalam lima orang dewasa atau kira-kira 3.9 juta penduduk berusia 18 tahun ke atas menderita diabetes.

Diabetes adalah penyakit kronik yang boleh dicegah dan bagi mereka yang sudah menghidapnya, diabetes boleh diurus, diperlahankan atau dicegah komplikasinya dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan memilih makanan berkhasiat.

Penyakit itu dijangka terus naik pada kadar yang tinggi di Malaysia disebabkan gaya hidup tidak sihat yang kita amalkan termasuk makan terlalu banyak, makan makanan tidak betul dan kurang bersenam.

Tabiat itu menyebabkan Malaysia mempunyai paling ramai penduduk dengan berat berlebihan dan obes di Asia. Obesiti merupakan penyebab utama diabetes.

Rakyat Malaysia juga mengambil 20 sudu teh gula sehari berbanding saranan WHO hanya lima sudu kecil gula sehari.

Mereka tidak mendapat tidur secukupnya padahal ia adalah kunci kepada kesihatan yang baik. Mengikut satu kajian, penduduk Malaysia hanya mendapat 6.3 jam tidur secara purata berbanding lapan jam yang disarankan.

Berikutan peningkatan kes diabetes, Kementerian Kesihatan perlu mengambil pelbagai langkah untuk mencegahnya termasuk mendidik rakyat mengenai bahaya obesiti dan diabetes.

Makanan tidak berkhasiat yang kaya dengan lemak, gula, garam dan penambah perisa tidak seharusnya digalakkan dengan cara dikenakan cukai. Kemudahan rekreasi yang mencukupi juga perlu disediakan di semua kawasan kediaman.

Mesin yang menyediakan minuman dengan paras gula yang tinggi perlu diharamkan di sekolah, hospital dan tempat awam.

MOHIDEEN ABDUL KADER
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

 

GEMBIRANYA PESAKIT KENCING MANIS

GEMBIRANYA PESAKIT KENCING MANIS SELEPAS GUNA #BIOFACTOR9 ® LUKA SEMBUH DENGAN CEPAT


✔ Produk sejak 2010 LAGI
✔ Jenama telah di PATERNKAN®
✔ Agen rawat luka
✔ Luka kaki/tangan TAK JADI potong
✔️ Kebas² tiada lagi
✔ Gula kembali normal
✔ Kesan seawal 3 hari
✔ Murah dan sangat berkesan

😄 Antara RIBUAN TESTIMONI klik sini :
www.erhmglobal.com/testimony.php

😄 Tekan link youtube testimoni ini untuk anda nilaikan keberkesanannya :
https://youtu.be/5CUSeXeANjI

😄 Youtube channel rasmi :
https://youtube.com/c/RHMbiz


Friday, July 15, 2022

10 Tanda-tanda Penyakit Diabetes

 10 TANDA² ANDA MENGHIDAP DIABETES

JANGAN DI BIARKAN ! TANPA MENCEGAH DIABETES LEBIH AWAL

CARI LAH ALTERNATIF BIO FACTOR 9® RIBUAN PESAKIT TELAH DI SELAMATKAN !!!

✔ Produk sejak 2010

✔ Jenama telah di PATERNKAN

✔ Agen rawat luka

✔ Luka kaki/tangan TAK JADI potong

✔ Gula kembali normal

✔ Kesan seawal 3 hari

✔ Murah dan sangat berkesan

❤ Antara RIBUAN TESTIMONI klik sini : ✌

www.erhmglobal.com/testimony.php

❤ Youtube Channel RHM Global > https://www.youtube.com/user/RHMbiz

❤ Stokis seluruh Malaysia di perlukan !!! 

❤ Dapatkan senarai harga pakej :

terus klik tak perlu save no nie ni👇

📱  www.wasap.my/60192321024/+BELI+BIO


.

Monday, July 4, 2022

Diabetes Rosakkan Saraf

Akibat dari tidak berfungsinya organ ini iaitu pankreas , berikut adalah ciri-ciiri ancaman penyakit atau komplikasi penyakit yang akan di tanggung oleh penghidap akibat kencing manis atau diabetes yang tidak di kawal . Ancaman ini mahu atau tidak akan berlaku kepada penghidap bergantung kepada masa dan waktu sahaja mungkin 1 ,2 , 3 atau beberapa tahun akan mengalami ancaman merbahaya ini  Dengan ancaman ini penghidap kencing manis wajib menyemak kadar gula setiap hari dan sentiasa memperbaiki kesihatan mereka setiap hari dengan menjaga tabiat atau corak pemakanan jika dahulu nya kerap megambil makanan berkanji , banyak karbohirat atau minuman yang manis sekarang wajib di kurangkan sama sekali. Terutama makan nasi di siang hari sahaja. Untuk makan malam hanya makan makanan ringgan seperti roti.


Antara ciri-ciri komplikasi atau penyakit di bawah ini , perkara pertama yang akan di rasai adalah pada sistem saraf .Sistem saraf ini pada mulanya rasa seperti kebas-kebas kemudian kadang kala akan mendatangi seperti di cucuk-cucuk di bahagian tapak kaki .Pada keadaan ini pesakit perlu mendapat rawatan dengan segera dan perlu berhati-hati dalam pemilihan kasut , yang paling penting elak dari berlakunya apa-apa keadaan tekanan pada kaki .
I


Photobucket

Kebanyakan kes-kes yang berlakunya luka di bahagian kaki akibat dari salahnya dalam pemilihan kasut dan berlakunya tekanan pada kaki.


Wednesday, June 22, 2022

Diabetes Ramai Ambil Mudah Hanya "Nampak" Apabila Sudah Mudarat

Sikap ambil mudah menjadi penyebab angka penghidap penyakit diabetes di Malaysia terus menunjukkan peningkatan setiap tahun.Timbalan Dekan (Siswazah), Fakulti Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof. Dr. Norlaila Mustafa berkata, sebahagian besar rakyat Malaysia sedar dan tahu faktor penyebab diabetes, namun tidak menganggapnya satu perkara serius.

  
 
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2019 mendapati seorang daripada lima individu dewasa atau kira-kira 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes.

 "Kebanyakan orang awam tahu penyebab diabetes seperti obesiti, kurang senaman, pengambilan gula yang berlebihan dan sejarah keluarga tetapi tak semua yang nak pergi jumpa doktor dan lakukan pemeriksaan.

"Ini termasuklah mereka yang ada ibu bapa penghidap diabetes atau ada masalah berat badan, mereka berisiko lebih tinggi tetapi masih juga tak mahu lakukan pemeriksaan.
 
 
"Lagi satu, rata-rata orang ramai percaya hanya gula yang menyebabkan diabetes sedangkan sebenarnya semua yang kita makan akan ditukarkan menjadi gula. Kalau makan nasi berlebihan, mi goreng, roti canai, nasi lemak setiap hari, kemudian tak akftif bersukan, paras gula dalam badan akan naik.
 
"Jadi saya fikir orang kita tahu tentang diabetes tapi hanya tahu secara luaran sahaja. Tahu dan ambil tahu lebih mendalam dua perkara berbeza, dan ambil tindakan untuk berubah itu lebih penting," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
 
Prof Norlaila juga menegur sikap segelintir ahli masyarakat yang berpendapat hanya mereka yang disahkan menghidap diabetes perlu mengamalkan diet tertentu dan menjaga pemakanan.
 
"Saya selalu dengar dalam keluarga contohnya, apabila ada salah seorang, contohnya si suami hidap diabetes, isteri akan cakap 'abang tak boleh makan ini, kami tak mengapa, boleh'. Ini salah.
"Kalau salah seorang dalam keluarga sudah ada diabetes, yang lain juga berpotensi untuk dapat juga, cuma mungkin lewat sedikit, bergantung pada faktor seperti usia, genetik dan lain-lain.
 
"Jadi, tak betul kalau kita suruh pesakit sahaja jaga makan, seharusnya satu keluarga pun kena jaga makan," tegasnya.
 
Beliau yang juga Pakar Perunding Kanan Endokrinologi menambah, kerana diabetes hanya akan memberi kemudaratan di peringkat akhir, ramai berpendapat penyakit itu tidak sukar diuruskan dan ditangani.
 
"Diabetes bukan macam sakit jantung, pesakit akan rasa tidak selesa, rasa sakit, ada yang sampai rasa macam nak mati. Kalau kena toreh pisau contohnya, kita nampak darah dan kita rasa sakit jadi kita takut. Diabetes tidak begitu.
 
"Simptom seperti kerap haus, letih dan kurang berat badan, itu pesakit hanya akan alami apabila paras gula naik mendadak. Tetapi masalahnya, dengan gaya pemakanan kita di Malaysia yang sudah terbiasa dengan pengambilan gula, badan sudah adapt dengan paras gula yang tinggi jadi kita tak rasa apa-apa.
"Kemudaratan hanya nampak apabila penyakit sudah teruk, seperti buah pinggang rosak, kaki kena potong sebab luka tak sembuh, atau kena strok contohnya," katanya lagi.
 
Hari Diabetes Sedunia yang disambut setiap tahun pada 14 November, tahun ini membawa tema 'Akses Kepada Penjagaan Diabetes: Jika Bukan Sekarang, Bila Lagi?’
 
Ia selaras dengan keperluan untuk meneruskan usaha pelbagai hala untuk mempromosikan dan meningkatkan kesihatan sejagat, dan menyediakan akses kepada rawatan dan pendidikan penjagaan kesihatan terutamanya penyakit diabetes.

 

3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia hidap diabetes

Seorang daripada lima individu dewasa atau kira-kira 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes, menurut dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.


 

Dalam maklumat oleh KKM prevalen diabetes di negara ini didapati meningkat kepada 18.3 peratus berbanding 13.4 peratus pada 2015. Kenaikan sebanyak 5% ini amat merisaukan kepada generasi remaja untuk tahun-tahun yang akan datang.

Di lapurkan , "Peningkatan penyakit diabetes di Malaysia adalah salah satu dapatan NHMS 2019 yang merisaukan.

Yang lebih merisaukan oleh KKM di atas peningkatan ini didapati "Sejumlah 49 peratus daripada penghidap diabetes di Malaysia, tidak pernah diperiksa atau didiagnosis menghidap penyakit ini,"

Menurut dapatan tinjauan itu lagi, tiga negeri merekodkan penyakit diabetes tertinggi, iaitu Negeri Sembilan, Perlis dan Pahang.

Berdasarkan NHMS 2019, seorang daripada empat individu dewasa berumur 16 tahun ke atas di negara ini didapati tidak aktif secara fizikal, manakala kira-kira 50 peratus penduduk dewasa mengalami berat badan berlebihan. 

Faktor gaya hidup dengan pengambilan pemakanan adalah punca utama peratusan kenaikan diabetes di Malaysia.




Wednesday, June 30, 2021

Pejabat Baru

 Untuk makluman ,

RHM Global telah berpindah ke lokasi baru iaitu di :


No. 1-2 , Jalan TTDI Grove 7/1 , Seksyen 9 , Taman TTDI Grove ,
43000 Kajang , Selangor , Malaysia
Tel : 019-2321024


Monday, February 1, 2021

Statistik Diabetes 2019 Di Malaysia

 STATISTIK PENGHIDAP DIABETES 2019 NEGERI KEDAH #1 PALING TINGGI 41.4% !


Pada 19 April 2019, statistik menyatakan penghidap kencing manis paling tinggi di Malaysia adalah di negeri Kedah.


Kedah mencatatkan jumlah peratusan penghidap diabetis tertinggi di negara ini sekali gus memberi cabaran besar kepada kerajaan negeri untuk memberi kesedaran dan mengubah cara pemakanan serta gaya hidup rakyatnya.  

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri negeri.


Dr Ismail Salleh berkata secara keseluruhan sebanyak 41.4 peratus daripada keseluruhan penduduk negeri ini menghidap penyakit itu. 


 “Sebanyak 25.4 peratus yang menghidap diabetis berdaftar dengan Kementerian Kesihatan, manakala dianggarkan 16 peratus lagi pesakit tidak berdaftar. Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 41.4 peratus dan angka itu dilihat sangat tinggi.  “Jadi cabaran kita jauh lebih besar berbanding negeri lain dan sebab itu banyak pendekatan telah diambil oleh kerajaan negeri dan agensi-agensi lain dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan dan pemakanan,” katanya kepada pemberita selepas ​​​​​​​merasmikan Hari Buah Pinggang Sedunia 2019 di Alor Setar, pada waktu itu .


Dr Ismail berkata, punca utama kadar peratusan yang tinggi itu adalah kerana pengambilan nasi secara kerap dalam pemakanan harian dan majoriti ​​​​​​​pesakit diabetes di negeri ini terdiri daripada golongan B40. 


 “Seperti yang kita tahu, Kedah merupakan pengeluar beras terbesar iaitu sebanyak 40 peratus. 


Pengambilan nasi pada sebelah pagi, tengah hari dan malam boleh menjadi punca kepada penyakit ini jadi saya berharap orang ramai mula sedar dan dapat menjaga pemakanan dengan baik,” katanya.  


Selain itu, beliau berkata diabetes atau penyakit kencing manis juga menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak 65 peratus kepada masalah buah pinggang hingga menyebabkan pesakit perlu menjalani proses mencuci darah atau hemodialisis.  


Ayuh kita sama² berubah ubah gayah hidup lebih sihat !


.

Sunday, November 15, 2020

Jenis-jenis Diabetes

 Menurut WHO , penghidap diabetes atau kencing manis terdapat 3 kategori iaitu ,

1. Jenis 1 - 

Penghidap berumur di bawah 21 tahun . Bagi jenis 1 ini di sebabkan pankrease tidak langsung boleh merembeskan insulin secsra semulajadi . Di sebabkan ini penghidap bergantung kepada suntikan insulin sepanjang hidup mereka.

2. Jenis 2 - 

Penghidap yang mendapat jenis 2 disebabkan pankrease merembeskan insulin semulajadi tersekat² akibat dari itu , penghidap memerlukan bantuan ubat iaitu pil atau jika keadaan semakin tinggi kadar gula suntikan insulin pula perlu diberikan.

3. Ibu mengandung - 

Bagi ibu yang mengandung pula kadar gula meningkat secara mendadak ketidak bolehan pankrease bertindak seperti biasa sebelum mengandung. Untuk mengelak komplikasi yang lebih serius atau janin yang sihat suntikan insulin perlu di berikan.



Sunday, October 18, 2020

RHM Global TV

RHM Global TV - lihat testimoni diabetes kisah benar pesakit yang guna Bio Factor 9® pulih dari luka klik di sini :

https://www.youtube.com/user/RHMbiz



Friday, October 16, 2020

Kawalan Diabetes Di Usia Remaja

Dengan peningkatan pesakit diabetes di peringkat remeja sangat membimbangkan.Setiap tahun peningkatan di Malaysia amat ketara sekali.

Di sebabkan gaya hidup tidak sihat, kurang melakukan aktiviti luar dan mengambil sajian tinggi dengan pengambilan gula berlebihan antara faktor yang menyumbang peningkatan penyakit diabetes membabitkan golongan remaja.


Penyakit diabetes ini satu daripada penyakit yang harus dipandang serius selain penyakit jantung dan angin ahmar kerana ia membabitkan kos rawatan yang tinggi antara RM150 hingga RM300 sebulan bagi pesakit yang mengambil insulin.

Kos rawatan terhadap pesakit diabetes akan meningkat kepada RM3,000 sebulan jika pesakit mengalami kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis sekaligus akan membebankan pesakit serta keluarga jika mereka bukan golongan ditanggung oleh kerajaan.

Justeru ia memerlukan kerjasama semua pihak bukan sahaja ibu bapa malah di peringkat sekolah lagi bagi menanam kesedaran mengenai bahaya penyakit diabetes ini supaya pengesanan awal dapat dilakukan sekali gus dapat mengelak komplikasi dan mengurangkan kos rawatan.


Wednesday, May 6, 2020

Bio Factor 9 Alternatif Diabetes

Sejak Bio Factor 9 di pasaran 2010 ribuan pesakit diabetes telah kami bantu , secara tidak langsung jutaan terimakasih atas sokongan anda semua. Sejak 2010 alhamdulillah kualiti Bio Factor 9 masih kekal sama dan tidak berubah , setiap bach stok baru kami akan pantau sebaiknya dan setiap bach semasa pengeluarannya akan melalui mikro test seiring dengan SOP pengilangan berdasarkan HACCP dan ISO.


Sunday, November 3, 2019

Harga Bio Factor 9



Untuk dapatkan INFO PANTAS SENARAI HARGA PAKEJ tekan  
www.wasap.my/60192321024/+Beli+Bio


ATAU tekan banner dibawah ini :
  
http://wasap.my/60192321024/+Beli+Bio

Baca Lagi...